“Harga Saya Bukan Sebab Artis” – Shima Anuar Pertahan Harga Kek RM150, Dakwa Guna Bahan Berkualiti Tinggi

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 05 Oct 2026 03:01:00

Pelakon Shima Anuar menafikan dakwaan bahawa harga kek berukuran enam inci yang dijualnya sekitar RM150 ditetapkan berdasarkan statusnya sebagai seorang selebriti.

Menerusi ruangan komen di Threads, Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar, 35, menjelaskan harga tersebut ditentukan berdasarkan kos bahan yang digunakan, terutama bahan-bahan berkualiti tinggi yang menurutnya sememangnya lebih mahal.

Advertisement

Menurut Shima, penggunaan bahan dalam kuantiti yang banyak serta kos bahan mentah yang tinggi menyebabkan harga jualan perlu ditetapkan pada kadar yang bersesuaian.

Bukan, harga saya bukan sebab artis atau apa-apa. Saya kira semua kos. Kek saya bukan pakai krim biasa atau kosong.

Bila bahan banyak dan mahal, takkan saya nak jual kek murah? Betul tak?

Dakwa pelanggan tetap terus membuat tempahan

Mengulas lanjut, Shima berkata kebanyakan tempahan yang diterimanya datang daripada pelanggan berulang yang sudah beberapa kali membeli kek buatannya.

Menurutnya, perkara tersebut secara tidak langsung menunjukkan bahawa pelanggan berpuas hati dengan produk yang ditawarkan.

shima anuar

Kebanyakan yang buat tempahan adalah pelanggan yang berulang. Kena tanya mereka kenapa buat pesanan semula.

Semua baker tidak pakai bahan yang sama, yang saya cakap ni pasal kek yang saya jual sahaja.

Baker lain saya tidak tahu macam mana.

Shima dalam masa sama menjelaskan bahawa setiap baker mempunyai cara, resipi dan penggunaan bahan yang berbeza, justeru harga yang ditawarkan juga tidak semestinya sama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bass
2026-10-03 14:30:16

"Kami Tak Layak Disamakan Dengan Tun M Dan Allahyarham" - Syed Saddiq Dan Bella Respon Dakwaan Netizen

 

“Harga Saya Bukan Sebab Artis” – Shima Anuar Pertahan Harga Kek RM150, Dakwa Guna Bahan Berkualiti Tinggi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts