Siri Cip Pemprosesan Intel Nova Lake-S Dan HX Dikatakan Akan Hadir Dengan Nama Intel Core Ultra 4000

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 05 Oct 2026 07:00:32

Siri cip pemprosesan Intel akan datang, yang hadir dengan kod nama Intel Nova Lake nampaknya akan hadir dengan penamaan yang sedikit berbeza apabila dibandingkan dengan siri cip pemprosesan Intel Core Ultra sebelum ini.

Jika model-model sebelum ini hadir dengan nombor model tiga angka sahaja, nampaknya untuk siri cip pemprosesan Intel Nova Lake-S (desktop) dan Intel Nova Lake-HX (komputer riba berkuasa) akan hadir dengan nama model Intel Core Ultra 4000.

Ini akan melihat kembalinya nama cip pemprosesan Intel kepada cara penamaan hampir memiripi penamaan zaman siri Intel Core i. Salah satu contoh penamaan yang diberikan adalah seperti Intel Core Ultra 9 4970K BFC dan Intel Core Ultra 7 4870K BFC. Dalam pada itu, siri cip pemprosesan Intel Nova Lake-HX untuk komputer riba gaming yang berkuasa juga akan menggunakan penamaan model yang sama.

Intel HQ

Untuk model-model cip pemprosesan siri Nova Lake H, Nova Lake U dan sebagainya pula, ia dikatakan akan menggunakan nombor model tiga angka (Intel Core Ultra 400) yang sama seperti sebelum ini.

Nombor model Intel Nova Lake-S ataupun Intel Core Ultra 4000 dikatakan akan menjadi semakin rumit kerana Intel akan memperkenalkan model cip pemprosesan yang hadir dengan penawaran memori cache bertindih, sama seperti apa yang dilakukan oleh AMD dengan model-model X3D. Nama model-model cip pemprosesan ini nampaknya akan hadir dengan penamaan BFC, menggantikan bLLC yang digunakan sebelum ini.

Malah, selain daripada apa yang disenaraikan sebelum ini, cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 4970K BFC juga diperlihatkan, dan adalah antara cip pemprosesan paling berkuasa dalam siri tersebut.

: TechPowerUp

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts