JAKIM Touch Baharu Dilancar Dengan Ciri Smart Al-Quran Dan AI Chatbot

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 06 Oct 2026 11:00:12

Aplikasi digital sehenti baharu, JAKIM Touch, telah diluncurkan secara rasmi oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersempena Perhimpunan Agensi Hal Ehwal Agama (HEA).

Inisiatif terbaharu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini menghimpunkan pelbagai fungsi teras berkaitan hal ehwal Islam seperti rujukan al-Quran, hukum-hakam, semakan halal, serta panduan ibadah.

Antara kemudahan moden yang turut diserapkan merangkumi ciri Smart al-Quran dan AI Chatbot bagi memudahkan capaian pengguna.

JAKIM Touch Baharu Dilancar Dengan Ciri Smart Al-Quran Dan AI Chatbot
JAKIM Touch adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memudahkan masyarakat di Malaysia mendapatkan maklumat berkaitan hal-ehwal agama Islam di Malaysia serta perkhidmatan yang disediakan oleh JAKIM.

Selain pelancaran aplikasi tersebut, turut diadakan adalah pelancaran Karya Visual Fasa 3 oleh TV Alhijrah.

Hasil ilham YB Menteri ini menzahirkan peranan holistik agensi HEA (hal ehwal agama) dalam menyokong perjalanan kehidupan seorang insan, bermula daripada kelahiran, pendidikan, kebajikan, hinggalah pengurusan masjid dan pembangunan komuniti.

Dalam amanatnya, YB Menteri menekankan kepentingan pendigitalan dalam meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan agama.

Beliau turut menggesa seluruh warga kerja agensi HEA agar sentiasa connected, mengelakkan amalan bekerja secara silo, serta menggembleng kekuatan bersama demi membentuk ekosistem perkhidmatan yang menyeluruh dan memberi impak positif secara langsung kepada masyarakat.

JAKIM Touch boleh dimuat turun dari Google Play Store dan Apple App Store.

{suggest}

JAKIM Touch Baharu Dilancar Dengan Ciri Smart Al-Quran Dan AI Chatbot WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts