Akhirnya Ibu Bapa Beri Restu Pada Elfira Loy Dan Sufian Suhaimi

by Oh! Semput


50
SHARES
647
VIEWS
Posted on 30 May 2017 10:01:04

akhirnya ibu bapa beri restu pada elfira loy dan sufian suhaimi 1

Kredit foto: malaysianaccess.com 


Umum sedia maklum dengan hubungan baik yang terjalin antara pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi. Namun sejauh mana status hubungan tersebut masih menjadi tanda tanya ramai.

Terbaru, Elfira memaklumkan hubungannya dengan penyanyi lagu Terakhir itu sudahpun mendapat restu daripada ibu bapanya. Malah Sufian sendiri telah bertemu dengan kedua ibu bapa Elfira, termasuk adik-beradik beliau.

Elfira mengakui sifat “gentleman” Sufian memikat hatinya untuk terus berkawan dengan jejaka itu.

akhirnya ibu bapa beri restu pada elfira loy dan sufian suhaimi 2

Kredit foto: bm.cari.com.my

Bukan saja takut tetapi saya kurang yakin. Situasi persahabatan saya dengan Sufian pula berbeza kerana keluarga kami memberi restu. Malah adik – beradik saya sendiri baik dengan Sufian. Sufian sendiri datang dengan cara baik untuk bertemu dengan ibu dan ayah. Melihat situasi itu, ibu sendiri berasa positif dengan sikapnya dan membenarkan kami berkawan. Pada saya, kalau ibu dan ayah memberi restu membuatkan saya ada keyakinan dengan hubungan kami.

: Utusan Mingguan

Bagaimanapun, Elfira masih melabelkan hubungan mereka sebagai sahabat kerana tidak mahu tertekan dengan perhubungan yang dijalinkan.

akhirnya ibu bapa beri restu pada elfira loy dan sufian suhaimi 3

Kredit foto: Beautifulnara 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts