“30 tahun bela, ada orang meninggal ke tinggal sebelah kandang khinzir?”- Calon Bersama

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 29 Jun 2026 03:34:26

Parti Bersama Malaysia (PBM) membangkitkan isu larangan penternakan babi di negara ini dalam kempen pertamanya sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila calonnya bagi kerusi N46 Perling, Boo Wei Han, mempersoalkan cadangan berkenaan.

Berucap pada Ceramah Jelajah Trak Kancil di Taman Pelangi, di sini, malam tadi, Wei Han berkata larangan tersebut wajar dinilai semula memandangkan industri penternakan babi telah menjadi sumber rezeki kepada keluarga tertentu sejak beberapa generasi.

“Saya hairan kenapa babi jadi isu sebab sudah 30 hingga 40 tahun orang bela babi.
“Ada orang mati ke tinggal sebelah kandang babi? Ada orang kena penyakit ke?” soalnya.

alt

Beliau berkata, sebarang tindakan menutup semua ladang babi perlu mengambil kira kesan terhadap pengusaha yang telah lama bergantung kepada industri itu sebagai mata pencarian.

Artikel lain: Baki 11,000 ekor lagi! Ladang khinzir Tanjung Sepat bakal tutup sepenuhnya -Exco Selangor

Menurutnya, ramai penternak telah mewarisi perusahaan berkenaan daripada keluarga mereka sejak dua hingga tiga generasi dan tidak seharusnya berdepan penutupan secara mengejut.

“Saya harap isu ini boleh u-turn.
“Saya kesian kepada mereka. Seumur hidup, dua hingga tiga generasi mereka bela babi, tiba-tiba disuruh tutup semua,” katanya lagi.

: Malaysia Gazette (Nizam Zain)

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts