“Kalau Saya Nak Glamor, Dah Lama Saya Dedah Identiti” – Aktivis Wan Cai Nafi Tohmahan Netizen Susulan Kes Pengurusan Jenazah Kariah Masjid Di Ampang

by Oh! Semput


5
SHARES
60
VIEWS
Posted on 29 Jun 2026 03:02:39

Seorang aktivis , Mr Wan Cai yang sering membantu orang awam berdepan kesulitan dalam urusan pengurusan jenazah tampil menafikan dakwaan kononnya dia sengaja ‘membeli kes’ bagi meraih perhatian atau mengejar populariti.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik, Wan Cai berkata, tuduhan tersebut tidak berasas kerana sehingga kini identitinya masih tidak diketahui umum.

Advertisement

“Ada tomahan yang mengatakan saya sengaja beli kes untuk kejar glamour. Maaf cakap, sampai sekarang orang tak tahu siapa Wan Cai. Kalau nak kejar glamour dah lama saya dedahkan indentiti. Realitinya, waris sendiri hubungi minta saya bantu.”

Penafian itu dibuat susulan isu tular melibatkan sebuah masjid di Ampang dan waris kepada seorang jenazah yang mendakwa dihalang daripada meneruskan pengebumian anak mereka di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Klang.

Sebelum ini, waris mendakwa urusan pengebumian tertangguh lebih sejam selepas timbul isu berkaitan bayaran pengurusan jenazah berjumlah RM1,400.

Kes tersebut kemudian mendapat perhatian ramai selepas dakwaan itu tersebar di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Bagaimanapun, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kemudian tampil menafikan dakwaan berlaku salah laku pihak masjid.

(VIDEO) “Kenapalah Pihak JAIS, Masjid…Saya Nak Solat Cucu Sendiri Pun Tak Boleh…” – Waris Nafi Palsu Borang Kebumi Jenazah

JAIS dalam kenyataannya menjelaskan kelewatan itu didakwa berpunca daripada kekeliruan waris, selain mendakwa borang permohonan pengebumian yang dikemukakan kepada pihak pengurusan tanah perkuburan adalah palsu.

Susulan kenyataan itu, pihak keluarga jenazah pula tampil menafikan dakwaan memalsukan borang berkenaan dan mendakwa mereka hanya membawa dokumen yang berada dalam simpanan selepas menunggu agak lama.

Dalam perkembangan terbaharu, aktivis berkenaan menjelaskan penglibatannya dalam kes itu bukan untuk mencari publisiti, sebaliknya kerana diminta sendiri oleh pihak waris yang memerlukan bantuan.

Setakat ini, isu berkenaan masih menjadi perhatian ramai susulan wujud percanggahan kenyataan antara pihak terlibat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

waris
2026-06-29 10:18:27

(VIDEO) "Kenapalah Pihak JAIS, Masjid...Saya Nak Solat Cucu Sendiri Pun Tak Boleh..." - Waris Nafi Palsu Borang Kebumi Jenazah

“Kalau Saya Nak Glamor, Dah Lama Saya Dedah Identiti” – Aktivis Wan Cai Nafi Tohmahan Netizen Susulan Kes Pengurusan Jenazah Kariah Masjid Di Ampang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts