Akhirnya, WhatsApp Mula Aktifkan Ciri ‘Username’ Untuk Pengguna Di Malaysia

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 30 Jul 2026 14:30:23

Selepas membolehkan pengguna menempah username atau nama pengguna sebelum ini, WhatsApp kini mula mengaktifkan ciri tersebut kepada pengguna di Malaysia.

Pengguna yang menerima kemas kini ini akan melihat notifikasi bahawa nama pengguna kini sedia digunakan. Dengan ciri ini, nama pengguna boleh digunakan sebagai alternatif kepada nombor telefon untuk berhubung di WhatsApp tanpa perlu berkongsi nombor telefon.

Seperti dinyatakan sebelum ini, penggunaan nama pengguna adalah pilihan sahaja dan bukannya diwajibkan. Pengguna masih boleh menggunakan nombor telefon seperti biasa untuk berhubung di WhatsApp, manakala nama pengguna disediakan sebagai pilihan tambahan bagi mereka yang tidak mahu mendedahkan nombor telefon, terutamanya apabila berhubung dengan individu yang baru dikenali.

Bagi pengguna yang memilih untuk menggunakan nama pengguna, WhatsApp turut menyediakan beberapa tetapan bagi mengawal cara ciri tersebut digunakan. Sebagai contoh, pengguna boleh menetapkan siapa yang boleh mencari atau menghubungi mereka melalui nama pengguna menerusi tetapan “Hubungi saya dengan nama pengguna”.

Untuk perlindungan tambahan, pengguna juga boleh mengaktifkan ciri Username Key, iaitu kod unik yang boleh dikongsi bersama nama pengguna apabila berhubung dengan seseorang buat kali pertama.

Selain itu, WhatsApp memaklumkan bahawa kenalan yang pernah berbual dengan anda akan melihat notifikasi bahawa anda telah mencipta nama pengguna.

Buat masa ini, pelancarannya dilakukan secara berperingkat. Jadi, jika pilihan untuk menggunakan nama pengguna masih belum muncul, pengguna hanya perlu menunggu sehingga ciri tersebut diaktifkan pada akaun masing-masing.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aspek keselamatan ciri ini, baca penjelasan WhatsApp di sini. Sementara itu, maklumat lengkap mengenai cara nama pengguna berfungsi, termasuk Username Key serta tetapan privasi yang disediakan, boleh dirujuk melalui halaman FAQ WhatsApp.

{suggest}

Akhirnya, WhatsApp Mula Aktifkan Ciri ‘Username’ Untuk Pengguna Di Malaysia WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts