Setiap ibu bapa pasti sanggup lakukan apa saja demi anak-anaknya malahan dek kerana mengalami kesempitan hidup telah memaksa sesetengah orang sanggup serta terpaksa melakukan perkara yang salah akibat desakan hidup.
Baru-baru ini satu rakaman video memaparkan seorang wanita dan juga seorang ibu telah mencuri satu beg yang dipercayai milik pekedai di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.
Rakaman video berkenaan jadi tular di media sosial dan dikatakan kejadian itu berlaku pada 30 Jun lalu ketika kaum lelaki sedang menunaikan solat Jumaat. Menerusi video itu menunjukkan wanita terbabit sedang berjalan di kawasan kedai yang menjual buah dan berpura-pura untuk membeli.
Pekedai terbabit tidak mengesyaki apa-apa dan melayan pelanggannya seperti kebiasaannya. Tidak beberapa lama selepas itu, pemilik kedai berkenaan kelihatan beralih tempat dan berpusing ke arah belakang seolah-olah ingin mendapatkan sesuatu selepas ditanya oleh wanita tersebut.
Pada ketika itulah wanita yang bertudung itu mengambil kesempatan untuk mencuri beg yang terdapat di bawah meja berhampirannya dengan menunduk dan mengambil beg tersebut tanpa disedari pekedai berkenaan.
Tindakan licik wanita itu sangat bijak dan dia terus berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku serta terus bertanyakan sesuatu seolah-olah ingin membeli dari kedai buah berkenaan.
Wanita yang dipercayai berusia 43 tahun itu didapati telah mencuri beg yang mengandungi wang tunai berjumlah RM2,300 bersama buku akaun bank, kad bank dan juga kunci kereta pemilik beg iaitu peniaga kedai terbabit.
Laporan Sinar Harian menyatakan melalui siasatan yang dilakukan, wanita terbabit telah mengaku berbuat demikian kerana amat terdesak dan ingin mencari duit lebih bagi pembiayaan yuran pelajaran kolej anaknya.
Walau apa pun alasan yang diberikan wanita berkenaan, beliau tetap bersalah melakukan perbuatan itu dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,500 atau penjara selama 6 bulan sekiranya didapati gagal melunaskan pembayaran denda yang dikenakan.
Wanita itu juga turut diperintahkan membayar semula pampasan kepada mangsa sebanyak RM1,500 serta turut diarahkan memberikan semula sejumlah wang yang dicurinya dari peniaga terbabit sebanyak RM2,300.
SEBENARNYA:Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO):PERKESO ingin memaklumkan bahawa infografik yang sedang tular mengenai perubahan penalti bagi kekosongan jawatan yang tidak dilaporkan adalah TIDAK TEPAT.Orang
Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua mencetuskan perhatian apabila mempersoalkan sama ada beliau berhak mengambil tindakan undang-undang sekiranya reputasinya tercemar akibat dakwaan tidak benar yang dibuat oleh individu berpengaruh.Adakah saya punya
Perkongsian terbaharu melibatkan Fatin, isteri kepada pempengaruh Prince Syed sekali lagi menjadi perhatian warga maya.Menerusi satu video yang tular di media sosial, Fatin dilihat berjalan naik dan turun tangga dalam keadaan yang disifatkan ramai sebaga
Mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis mengekalkan denda rekod sebanyak 4.1 bilion euro (sekitar RM19.13 bilion) yang dikenakan oleh blok tersebut ke atas Google atas amalan anti-persaingan berkaitan sistem operasi Android miliknya.Mahkamah
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan bahawa pertemuan bersama diplomat Malaysia yang bertugas di luar negara memainkan peranan penting dalam memperkukuh kerjasama, menyelaras pandangan serta membincangkan isu-isu semasa yang melibatk
Sony Interactive Entertainment (SIE) mengumumkan bahawa pengeluaran cakera fizikal untuk semua permainan baharu PlayStation akan ditamatkan bermula Januari 2028.Menurut SIE, keputusan itu dibuat susulan perubahan corak pilihan pengguna yang semakin beral
Rancangan syarikat-syarikat gergasi untuk meluncurkan sebanyak 1.7 juta satelit ke orbit Bumi dalam masa beberapa tahun akan datang bakal membawa “kesan malapetaka terhadap bidang astronomi”, amaran satu kajian baharu pada Rabu.Rancangan untu
Perkongsian terbaharu personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril mengenai sukan Hyrox mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.Menerusi hantaran di Threads, Dr Say meluahkan rasa syukur selepas membuat keputusan untuk menyerta
Nama Hafeez Albukhary Zulkefly suatu ketika dahulu cukup sinonim dengan perkongsian momen penuh emosi dari Tanah Suci.Beliau sering berkongsi rakaman perjalanan jemaah haji Malaysia, khususnya golongan warga emas yang menunaikan ibadah di bawah kendalian
Hantaran terbaharu isteri kepada pelakon Redza Rosli, Bella Hanna di Instagram Story mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.Menerusi perkongsian itu, Bella dilihat berada di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat sambil memegang beberapa dokumen.