Alistair Edwards Kritik Program NFDP?

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 16 Apr 2017 13:00:34

Alistair

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengkritik mutu pertandingan yang di bawah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) kerana ia dianggap tidak memuaskan.

Pengarah Sukannya, Alistair Edwards mendakwa, beliau menerima aduan jurulatih Akademi Valencia bahawa mereka tidak ada pengadil, garis padang hanya ditandakan dengan kon dan tidak ada tempat teduhan untuk pemain.

Selain itu dakwanya, sepak mula yang dijadualkan juga tertangguh tanpa alasan yang jelas.

“Walaupun ia bertujuan baik untuk pasukan Akademi JDT mengambil bahagian dalam pertandingan yang bermakna ini tetapi kami di JDT kecewa.

“Ini adalah sangat berbeza dengan apa yang kita sudah biasa lakukan di JDT. Ia mengenai tahap profesionalisme walaupun pertandingan pertama untuk musim 2017,” kata Alistair dalam kenyataan pada Ahad di Facebook JDT.

Beliau berkata demikian merujuk kepada penyertaan pasukan itu dalam program B-12 dan B-13 pada Ahad.

Sehubungan itu, Alistair berharap mutu penganjuran NFDP dapat ditambah baik pada masa akan datang.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts