by Oh! Semput
Presiden Parti Amanah Mohamad Sabu (Mat Sabu), percaya pihaknya akan merampas kerajaan negeri Kelantan daripada PAS pada pilihan raya umum akan datang.
Bercakap pada sambutan ulang tahun pertama Amanah di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur malam tadi, Mat Sabu berkata pengambilalihan hanya boleh berlaku kerana Amanah adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan.
Beliau mengingatkan hadirin bahawa dia pernah dihukum penjara apabila Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, tetapi kini pemimpin veteran itu menjadi pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).Mat Sabu berkata, Mahathir, kini tidak berkuasa, mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional yang pernah diterajuinya.
Mat Sabu turut memuji Anwar Ibrahim yang beliau sifatkan sebagai seorang pemimpin yang mempunyai semangat waja dan tidak mudah berputus asa. Beliau juga berkata dalam mesyuarat pertama Pakatan Harapan ini, pakatan itu mencapai kata sepakat bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berkuasa.
Sokongan Mat Sabu terhadap Anwar, datang di tengah-tengah pengisytiharan Mahathir bahawa presiden protem PPBM, Muhyiddin Yassin akan dinamakan sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya di pilihanraya akan datang.
Walau bagaimanapun, pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP Tan Kok Wai berkata Anwar kekal pilihan utama Pakatan Harapan dan bahawa tidak ada perbincangan lanjut tentang siapa yang akan menjadi Perdana Menteri.