Ada Ambil Autolife Insurance? Jika Pemiliknya Meninggal Dunia, Keluarga Tak Perlu Tanggung Hutang Kereta

by Oh! Semput


7
SHARES
92
VIEWS
Posted on 31 Mar 2017 06:00:35


Oleh Muhd Khairul Azrul

Dua tahun lalu, saya ada seorang pelanggan muda, awal 20'an yang membeli kereta Perodua Alza Advance. 

Dua bulan selepas itu, kakak dia menghubungi saya memaklumkan yang adik dia baru saja meninggal dunia sebab sesak nafas. 

Kakak dia bertnaya, adik dia ada ambil Autolife tak? 

Autolife ini adalah Takaful khas untuk kenderaan jika pemiliknya meninggal dunia. Harganya sangat murah, dalam RM250 sahaja sekali bayar seumur hidup jika masih awal 20'an. 

Saya pun menghubungi pihak bank dan bertanya jika pelanggan itu tadi ada ambil Autolife atau tak. Kemudian pihak bank memaklumkan bahawa:

"Kami dah offer pada customer tetapi dia tak ambil." 

Berat hati saya nak menghubungi kakaknya untuk memaklumkan yang adik dia tidak mengambil Autolife. Tetapi terpaksa juga beritahu yang adik dia tak ambil Autolife. 

Nasihat saya di sini, jika anda ingin membeli kereta, sebaiknya ambil sekali Autolife. Sekurang-kurangnya jika pemiliknya meninggal dunia, keluarga tidak perlu menanggung hutang kereta kita.

:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts