Amukan Seorang Isteri Apabila Suami Dicekup di Hotel Bersama Kawan Baiknya Sendiri

by Oh! Semput


24
SHARES
309
VIEWS
Posted on 26 Sep 2016 17:00:56


BERANG apabila mengetahui suaminya ‘makan luar’ seorang wanita dikenali sebagai Nadia Nordin bertindak memukul skandal suaminya dengan botol, dipercayai botol arak di sebuah hotel.

Rakaman insiden itu yang dimuat naik dalam laman sosial hari ini, memaparkan seorang wanita yang tidak berpakaian dibelasah teruk hingga merintih kesakitan.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, kelihatan wanita terbabit bertindak memukul dalam keadaan marah sementara mangsa yang dibogelkan memohon untuk dilepaskan kerana sakit.

Difahamkan, wanita tidak berpakaian itu menerima 15 jahitan susulan dipukul dengan botol di kepala.


Tidak cukup dengan itu, sebuah lagi video memaparkan Nadia memukul lelaki dipercayai suaminya yang dikenali sebagai Mohd Faizal.

Walaupun dipukul dan dibelasah dengan teruk, suaminya itu tidak membalas sebaliknya membenarkan sahaja dirinya diperlakukan sebegitu.

Lokasi sebenar kejadian tidak dapat disahkan namun berdasarkan pertuturan, kejadian dipercayai  berlaku di bahagian Pantai Timur negara.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts