Anjakan besar? Fahmi Fadzil dedah hasrat Starlink uji Internet satelit terus ke telefon di Malaysia

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 30 Jul 2026 14:04:37

Syarikat teknologi angkasa lepas, Starlink menyatakan hasrat untuk melaksanakan percubaan teknologi Direct-to-Device (D2D) atau Direct-to-Cell (D2C) di Malaysia yang berpotensi membolehkan akses Internet disalurkan terus ke telefon bimbit menerusi satelit.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, teknologi berkenaan mampu menjadi satu anjakan besar dalam usaha memperluas capaian Internet, terutama di kawasan yang tidak mempunyai menara komunikasi atau berdepan cabaran kepadatan penduduk rendah.

Menurutnya, wakil Starlink telah mengadakan pertemuan dengannya beberapa hari lalu bagi memaklumkan hasrat syarikat itu untuk menjalankan percubaan perkhidmatan tersebut di Malaysia.

“Saya sudah minta supaya pasukan di MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) menjemput syarikat telco untuk duduk bersama dengan syarikat seperti Starlink untuk lihat masa depan yang lebih terhubung, yang tidak semestinya bergantung harap kepada infrastruktur seperti yang sedia ada.
“Ini merupakan satu anjakan yang agak signifikan dan besar sekiranya kita teruskan, kerana ia bermaksud bagi kawasan-kawasan tertentu yang tidak ada menara, yang mungkin capaian kawasan penduduknya kurang, namun kita boleh sediakan Internet melalui satelit,” katanya ketika berucap pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MCMC dan Lembaga Lebuhraya Malaysia, hari ini.

Fahmi berkata, teknologi D2D atau D2C juga berpotensi menjadi pilihan lebih menjimatkan kos bagi kawasan tertentu yang kurang sesuai untuk pembinaan menara komunikasi baharu.

Artikel lain: PRN Negeri Sembilan: PH parti tawarkan harapan bukan kebencian – Fahmi Fadzil

Jelas beliau, pembangunan sebuah menara komunikasi baharu boleh mengambil masa antara 18 hingga 24 bulan sekiranya semua urusan berkaitan tanah dapat diselesaikan dengan segera.

Menurutnya, penggunaan teknologi berasaskan satelit seperti itu boleh membuka peluang baharu dalam memastikan lebih banyak kawasan mendapat akses Internet tanpa bergantung sepenuhnya kepada infrastruktur komunikasi konvensional.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts