Antivirus Kasperksy Percuma Untuk Semua Pengguna PC Di Seluruh Dunia

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 28 Jul 2017 08:00:44

Rabu lalu syarikat perisian antivirus terkenal, Kasperksy telah mengumumkan pelancaran perisian Kaspersky Free bersempena dengan ulangtahun mereka yang ke-20.

Berdasarkan nama pun kita boleh tahun bahawa ia ditawarkan secara percuma dan ia telah menjalani ujian penilain untuk tempoh setahun setengah melibatkan negara…

  • Rusia,
  • Belarus,
  • China,
  • Ukraine,
  • Denmark,
  • Norway,
  • Sweden, dan
  • Finland,

…Kasperksy akhirnya bersedia untuk melancarkannya secara berperingkat untuk pasaran global. Sudah pasti versi percuma yang ditawarkan ini tidak akan sama dengan versi yang berbayar kerana ia tidak mempunyai fungsi…

  • VPN
  • Kawalan Ibu Bapa (Parental Control)
  • Perlindungan Pembayaran Dalam Talian (kata percuma kan)

…tetapi ia dilengkapi dengan beberapa ciri asas yang mampu melindungi komputer anda dari diserang virus dan perisian hasad yang lain.

Syarikat yang berpengkalan dari Rusia itu beranggapan ramai pengguna komputer tidak mempunyai bajet yang cukup untuk melanggan perisian antivirus yang berbayar, jadi dengan penawaran ini, mereka mempunyai alternatif lain untuk menggunakan antivirus yang dijamin selamat (banyak yang percuma tetapi kurang selamat).

Apa yang mampu dilakukan Kasperksy Percuma?

Ia mampu mengimbas…

  • Fail-fail
  • Email
  • Lindungi komputer anda ketika melayari web, serta
  • Mengkuarantin malware yang menjangkiti PC anda

Muat turun> Kasperksy Free

 

: Kaspersky

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts