by Oh! Semput
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas isu kesihatan dengan mengeluarkan arahan kepada semua hospital dan premis kerajaan supaya mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman, susulan peningkatan kes diabetes dan obesiti yang semakin membimbangkan di negara ini.
Memetik laporan daripada Sinar Harian, beliau menyatakan amalan pengambilan gula berlebihan dalam kalangan rakyat Malaysia berada antara yang tertinggi di Asia dan menjadi punca utama kepada pelbagai penyakit kronik.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan hospital dan klinik memaparkan poster kesedaran berkaitan pengurangan gula serta memastikan semua jamuan kerajaan disediakan dengan kandungan gula yang rendah.
Tambah Anwar, fokus utama kerajaan ketika ini adalah mengurangkan pengambilan gula dan mengelakkan tabiat makan berlebihan dalam kalangan rakyat.

Beliau juga memaklumkan bahawa walaupun Kementerian Kesihatan telah melaksanakan beberapa kempen pengurangan gula, hasilnya masih belum mencapai tahap yang diharapkan.
Dalam pada itu, Anwar menekankan kepentingan menurunkan paras gula dalam darah ke tahap lebih sihat demi kesejahteraan tubuh.
Selain isu gula, beliau turut menegaskan masalah obesiti yang berpunca daripada tabiat makan berlebihan dan kurang bersenam perlu diberi perhatian serius.

Artikel lain: Isu penternakan khinzir: “Kalau boleh batalkan dulu projek itu…” -PM Anwar
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Bangunan Baharu Hospital Seberang Jaya pada Sabtu.
:SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI (Syajaratulhuda Mohd Rosli)