PM Anwar yakin Tabung Haji boleh dipulihkan, tegas integriti bukan sekadar slogan

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 30 Jul 2026 14:04:38

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Lembaga Tabung Haji (TH) akan terus mencatat kecemerlangan selepas institusi itu berjaya dipulihkan daripada kemelut yang hampir menjejaskan kedudukannya sebagai institusi kewangan Islam.

Memetik laporan daripada Buletin TV3, beliau menyatakan pengalaman dilalui TH membuktikan kepentingan integriti, tadbir urus yang baik dan pengurusan amanah bagi memastikan sesebuah institusi kekal kukuh serta diyakini rakyat.

Integriti bukan sekadar slogan

Berucap pada Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu Maybank di Menara Merdeka Maybank hari ini, Anwar menegaskan integriti tidak sepatutnya dijadikan sekadar slogan atau retorik, sebaliknya perlu diterapkan dalam setiap aspek pengurusan bagi mengelakkan perkara yang boleh menjejaskan kepentingan masyarakat dan negara daripada berulang.

“Alhamdulillah, dapat dikesan awal dan dipulihkan. Dan saya yakin institusi Tabung Haji itu akan terus cemerlang,” katanya.

Menurut beliau, Tabung Haji merupakan sebuah institusi yang mempunyai sejarah gemilang sejak diwujudkan hasil cetusan Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid.

Ujarnya, institusi itu telah memberi khidmat kepada ratusan ribu jemaah haji dan perlu terus diperkukuhkan menerusi amalan tadbir urus yang telus serta berintegriti.

Semalam, Anwar mendedahkan laporan yang dibentangkan kepada Jemaah Menteri menunjukkan Tabung Haji mengalami kerugian sebanyak RM10 bilion.

Susulan itu, beliau mengarahkan siasatan menyeluruh dijalankan bagi mengenal pasti sebarang unsur salah guna kuasa atau pelanggaran yang mungkin berlaku.

Beliau turut menegaskan mana-mana individu atau pihak yang didapati bertanggungjawab sehingga menyebabkan kerugian dan penipuan terhadap Tabung Haji akan disiasat oleh pihak berkuasa.

Langkah itu, katanya, penting bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi berkenaan terus terpelihara.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts