Apa Yang Anzalna Cakap Itu Betul-Betul Sakitkan Hati Saya – Bella Astillah

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 02 Aug 2017 04:03:37

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Perumpaan ini bolehlah kita kaitkan dengan tulisan Anzalna sebelum ini tentang fenomena meroyan yang dialami oleh perempuan lepas bersalin. Kata-kata tersebut ditujukan kepada Bella Astillah selepas kekecohan yang berlaku di dalam bilik karaoke di mana Aliff Aziz dan adik Anzalna, Afifah Nasir berdua-duaan.

anzalna

Buat yang terlupa, di bawah ialah komen “meroyan” Anzalna yang telah ditulis di laman sosial:-
anzalna

Menerusi sidang media yang telah berlangsung kelmarin, Bella Astillah memaklumkan yang dia cukup sakit hati dengan kata-kata Anzalna tersebut. Kata Bella:-

Apa yang dia cakap itu betul-betul menyakitkan hati saya, malah semua ahli keluarga yang berada di Sabah turut terasa.
Meroyan itu macam mana ya? Pada saya tindakan yang saya lakukan itu bukan meroyan. Saya masih bersabar dan berfikiran waras ketika itu, cuma situasi yang tidak terkawal telah mengubah keadaan menjadi lebih buruk.

anzalna

Sememangnya emosi wanita baru bersalin tidak stabil. Namun bukanlah semudah itu untuk seseorang itu “meroyan”. Secara jujurnya, mana-mana wanita pun akan melakukan tindakan yang sama seperti Bella jika melihat suami mereka bersama wanita lain. Isteri mana yang tak sayang suami kan? Mstar Online.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts