Aplikasi AirAsia MOVE Rangkul Anugerah ASEAN

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 28 Jan 2026 11:00:22

AirAsia MOVE, dahulu dikenali sebagai airasia Superapp, telah meraih pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan Best ASEAN Marketing & Promotion Program Award di Majlis Anugerah Kecemerlangan ASEANTA ke-35 di Cebu, Filipina.

Penghargaan ini diberikan atas kejayaan kempen “Travel More for Less” yang mempromosikan pelancongan intra-ASEAN merangkumi Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Kempen tersebut menekankan penerokaan destinasi unik dan kurang dikenali, sekali gus menyokong komuniti tempatan serta mengurangkan tumpuan kepada lokasi global yang sesak.

Inisiatif ini turut melibatkan kerjasama dengan pencipta kandungan, lembaga pelancongan dan rakan hotel, disokong oleh produk seperti ASEAN Explorer Pass, pakej SNAP! Flight+Hotel, portal Discover ASEAN serta fungsi sembang dalam aplikasi.

Ketua Pegawai Eksekutif MOVE, Nadia Omer dalam satu kenyataan menegaskan, visi untuk membina ekosistem digital pelancongan yang inklusif dan mampan.

“Dengan usaha untuk mengalihkan tumpuan ke destinasi tersembunyi, kami bukan sahaja mengubah tren pelancongan, tetapi juga menyokong komuniti tempatan serta membolehkan lebih ramai meneroka Asean dengan lebih mendalam.”

{suggest}

Aplikasi AirAsia MOVE Rangkul Anugerah ASEAN WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts