Apple iPhone Ultra Dilaporkan Akan Dijual Di Satu Pasaran Sahaja Terlebih Dahulu

by Oh! Semput


5
SHARES
61
VIEWS
Posted on 14 Aug 2026 17:01:06

Hari ini muncul laporan daripada laman Channel News bahawa iPhone Ultra akan dilancarkan di Amerika Syarikat sahaja terlebih dahulu. Ini disebabkan Apple dikatakan tidak mempunyai unit mencukupi untuk menjualnya ke lebih banyak pasaran. Dalam laporan yang Apple turut dikatakan tidak akan mengumumkan harga jualan semasa ia diperlihatkan pada September depan.

Jika ura-ura ini benar ia tidaklah mengejutkan kerana Vision Pro juga hanya dijual di Amerika Syarikat sahaja di peringkat awal sebelum ke lebih banyak pasaran. Malahan Samsung turut menggunakan taktik yang sama semasa memasarkan Galaxy Z Trifold dan Galaxy XR tahun lalu.

Harga akan diumumkan ke satu tarikh lain dengan ini disebabkan oleh isu pengeluaran yang belum dapat diselesaikan. Sejak dua bulan lalu kedengaran ura-ura peranti yang dikeluarkan dalam ujian awal tidak melepasi piawaian yang ditetapkan oleh Apple.

Isu pada skrin lipat dan engsel menyebabkan pengeluaran skala penuh yang sepatutnya bermula bulan Jun kini tertangguh ke bulan Ogos. Foxconn dikatakan masih melakukan penyesuaian akhir sebelum pengeluaran besar-besaran boleh dimulakan.

Melihat sambutan luar biasa untuk Z Fold8 dengan skrin lebar, boleh diandaikan sambutan yang sama akan turut diberikan kepada iPhone Ultra dengan rekaan sama. Samsung sebelum ini dilaporkan meningkatkan pengeluar untuk Z Fold8 selepas ia menerima pratempahan terbesar dalam sejarah peranti Fold.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts