by Oh! Semput
Seorang usahawan tampil membuat tuntutan secara terbuka terhadap seorang pempengaruh terkenal yang didakwa mempunyai hutang berjumlah RM1.4 juta dengannya.
Menerusi perkongsian di Threads, usahawan yang dikenali sebagai Datin Lyanaz mendakwa wang berjumlah RM1.4 juta itu diserahkan kepada individu terbabit sebagai modal untuk menjalankan perniagaan.

Bagaimanapun, usahawan berkenaan kini tampil menuntut agar wang tersebut dibayar semula.
Dalam hantaran sama, Datin Lyanaz turut menegur individu terbabit supaya tidak menggunakan wang milik orang lain untuk menjalani kehidupan mewah.
“Pempengaruh hutang RM1.4 juta tolong bayar.
“Jangan rolling duit orang untuk kehidupan yang mewah.
“Kuat dekat TikTok himpit sana sini.
“Tiada perasan bersalah ke?”
Tidak berhenti di situ, Datin Lyanaz turut memberikan beberapa petunjuk mengenai individu yang dimaksudkan, antaranya mempunyai bentuk badan agak berisi serta dikatakan mempunyai hubungan baik dengan ramai pempengaruh.
“Petunjuk: Badan chubby, baik dengan ramai pempengaruh.”
Bagaimanapun, Datin Lyanaz tidak mendedahkan identiti individu berkenaan dalam perkongsian tersebut.
Setakat maklumat yang dikongsikan, dakwaan berhubung hutang RM1.4 juta itu merupakan kenyataan daripada pihak Datin Lyanaz dan belum dapat dipastikan sama ada individu yang dimaksudkan sudah memberikan sebarang respons berhubung dakwaan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Badan ‘Chubby-Chubby’ Baik Dengan Influencer” – Usahawan Gesa Pempengaruh Terkenal Bayar RM1.4 Juta, Bermewah Dengan Duit Hutang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.