SOCAR Menamatkan Perkhidmatan Sewa Kenderaan Di Malaysia Berkuat-kuasa 31 Ogos 2026

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 14 Aug 2026 10:31:03

SOCAR, salah satu perkhidmatan sewa kenderaan yang ditawarkan di Malaysia, kini mengumumkan mereka akan menamatkan dan menghentikan perkhidmatan sepenuhnya berkuat-kuasa 31 Ogos 2026 kelak. Sebab sebalik penmatan ini tidak dinyatakan.

Selari dengan ini, pihak SOCAR meminta pengguna yang masih mempunyai baki di dompet digital aplikasi berkenaan untuk menghubungi mereka dalam mendapatkan kembali wang.

Walaupun SOCAR ditamatkan,TREVO dilihat masih beroperasi seperti biasa. Pihak SOCAR Malaysia melancarkan TREVO pada 2020 yang lepas. Berbeza dengan SOCAR yang menawarkan kenderaan yang diuruskan oleh platform, TREVO pula bergantung kepada perkhidmatan berasaskan P2P, dimana pengguna lain menyewakan kenderaan kepada pengguna yang inginkannya.

SOCAR sebelum ini telah memulakan operasi secara rasminya di Malaysia sejak 2018 yang lepas.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts