Apple Meningkatkan Harga Langganan Apple Music Di Malaysia – Kini RM17.90 Sebulan

by Oh! Semput


6
SHARES
72
VIEWS
Posted on 18 Jul 2026 03:33:58

Apple kini dilihat telah meningkatkan harga langganan untuk Apple Music di Malaysia. Kali terakhir harga langganan ditingkatkan adalah pada 2022 yang lepas, iaitu daripada RM14.90 sebulan ke RM16.90 sebulan, dan hari ini, ia ditingkatkan kepada RM17.90 sebulan.

Bersama-sama peningkatan harga langganan untuk pelan individu, pelan keluarga pula ditingkatkan kepada RM27.90 sebulan berbanding RM25.90 sebulan sebelum ini, dan pelan untuk pelajar pula ditingkatkan daripada RM8.90 sebulan kepada RM9.50 sebulan.

Selain Malaysia, Apple turut meningkatkan harga langganan Apple Music ini untuk pengguna seluruh dunia. Peningkatan ini dikatakan selari dengan kos perlesenan yang turut meningkat untuk Apple Music. Harga langganan Apple One masih kekal seperti sebelum ini, dimana sekiranya anda merupakan pengguna tegar perkhidmatan Apple, boleh mendapatkan Apple One dan berjimat pada kos langganan anda.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts