Disangka B40 Gara-Gara Tak Pandai ‘Speaking’ Oleh Pekerja ‘Fast Food’, Netizen Dedah Pakcik ‘Viral’ Ini Tak ‘Kosong’

by Oh! Semput


6
SHARES
79
VIEWS
Posted on 18 Jul 2026 03:02:46

Sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila memaparkan luahan seorang pak cik mengenai sikap segelintir masyarakat yang gemar menilai seseorang berdasarkan status sosioekonomi serta keupayaan berbahasa.

Menerusi video tersebut, pak cik berkenaan mendakwa dirinya pernah dilabel sebagai golongan B40 oleh seorang pekerja kedai makanan. Malah, dia juga dikatakan dianggap tidak layak untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kerana penguasaan bahasanya yang disifatkan biasa-biasa sahaja.

Advertisement

Tidak mudah melatah dengan layanan yang diterima, lelaki itu sebaliknya berkongsi pandangan mengenai maksud sebenar kekayaan dalam kehidupan.

“Kaya seseorang itu bukan datang daripada hartanya, tetapi kaya orang itu adalah bagaimana cara dia menerima dan melayani orang lain, bagaimana dia menghormati dan menghargai sesama manusia.”

Menurutnya, nilai seseorang tidak sepatutnya diukur berdasarkan aset fizikal atau jumlah harta yang dimiliki. Segala kekayaan di dunia hanyalah pinjaman dan ujian daripada Tuhan untuk melihat bagaimana manusia menggunakannya serta melayani orang lain.

mejar azali

Beliau turut menitipkan pesanan agar masyarakat berhenti mencari keburukan individu lain. Sebaliknya, setiap orang seharusnya memberi tumpuan kepada kelemahan diri sendiri demi membentuk sahsiah yang lebih baik.

Netizen Dakwa Bukan Calang-Calang Orangnya

Susulan video tersebut, ramai netizen berpendapat pak cik berkenaan mungkin bukanlah daripada golongan B40 seperti yang didakwa oleh pekerja terbabit.

Cara percakapannya yang tenang dan tersusun selain pemakaian kaca mata jenis frameless serta jam tangan turut membuatkan orang ramai percaya bahawa beliau bukan calang-calang individu.

d

Seorang pengguna Threads kemudian tampil mendakwa lelaki berkenaan merupakan bekas majikannya, Mejar Azali yang telah bersara daripada perkhidmatan tentera.

“Saya tidak tahu cerita yang sebenar. Tetapi perkara ini agak membuatkan saya marah. Ini ialah bekas majikan saya, Mejar Azali (Bersara). Seorang ketua yang sangat baik, penyayang dan prihatin terhadap kakitangan bawahannya, sangat komited dengan tugasnya, serta seorang yang pemurah dan sangat rendah diri.”

Dikenang Sebagai Pegawai Yang Rendah Diri

Seorang lagi pengguna Threads turut berkongsi pengalamannya ketika pernah bertugas bersama lelaki tersebut di Mes Sri Kenyalang, Kuching sekitar tahun 2017 hingga 2018.

“Mejar Mat (Bersara), pegawai kanan saya di Mes Sri Kenyalang, Kuching pada tahun 2017 hingga 2018, merupakan seorang yang sangat rendah diri. Beliau sering memberikan nasihat yang baik kepada kami, pegawai-pegawai muda pada ketika itu. Semasa Hari Raya tahun 2017, apabila kami tidak dapat pulang beraya, beliau telah memasak lauk raya di mes, ia amat mengharukan kami.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-07-16 11:59:51

Tolak Jemputan Buat Podcast Bersama Abang Crime, Bapa Nurin Jazlin Beri Penjelasan - "Ahli Keluarga Pun Tahu Yang Ada..."

Disangka B40 Gara-Gara Tak Pandai ‘Speaking’ Oleh Pekerja ‘Fast Food’, Netizen Dedah Pakcik ‘Viral’ Ini Tak ‘Kosong’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts