Babak Drama ‘Santau Perempuan Terlarang’ Didakwa Hina Agama Buddha, Gambarkan Sami Dan Wat Sebagai Tempat Sihir

by Oh! Semput


6
SHARES
80
VIEWS
Posted on 18 Jul 2026 03:02:47

Sebuah babak daripada drama Santau Perempuan Terlarang mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial selepas didakwa menyentuh sensitiviti penganut agama Buddha.

Babak drama terbitan Zeel Production yang disiarkan menerusi TV3 itu dikatakan memaparkan wat atau kuil Buddha serta watak sami dalam konteks yang dikaitkan dengan amalan sihir. Perkara tersebut kemudian mendapat bantahan daripada Persatuan Siam Malaysia kerana dianggap boleh memberikan gambaran tidak tepat terhadap institusi dan penganut agama Buddha.

Advertisement

Siam

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna meluahkan rasa kecewa dan menganggap gambaran berkenaan sebagai satu bentuk penghinaan terhadap agama tersebut.

“Penghinaan kepada agama Buddha.. menggambarkan sami dan wat (kuil buddha) sebagai tempat perbuataan sihir… ini satu penghinaan…
@zeelproduction dan @tv3malaysia sila ambil perhatian kebodohan ini…”

Hantaran tersebut turut disertakan dengan beberapa rakaman babak yang dipertikaikan sebelum menerima perhatian ramai pengguna media sosial.

Persatuan Siam Malaysia Tampil Membantah

Dalam perkembangan sama, Persatuan Siam Malaysia turut dilaporkan membantah babak berkenaan kerana didakwa menyentuh sensitiviti penganut agama Buddha Theravada, khususnya masyarakat Bumiputera Siam di Malaysia.

Songkhran

Menurut persatuan itu, gambaran sami Buddha dan institusi keagamaan dalam konteks yang dikaitkan dengan perbuatan sihir boleh menimbulkan salah faham serta mencemarkan imej agama berkenaan.

Isu tersebut turut mencetuskan perbincangan mengenai tanggungjawab pihak produksi dan stesen televisyen dalam memastikan kandungan drama yang diterbitkan tidak menyinggung sensitiviti agama atau memberikan gambaran negatif terhadap mana-mana komuniti.

Rata-rata pengguna media sosial berharap pihak Zeel Production dan TV3 dapat mengambil perhatian terhadap bantahan tersebut serta memberikan penjelasan mengenai babak yang dipertikaikan.

Setakat artikel ini ditulis, belum dapat dipastikan sama ada pihak penerbitan atau stesen televisyen berkenaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-07-18 08:08:23

Marissa Dania Dah Temui Pengganti? Pempengaruh Kongsi Foto Bersama DI IG Tapi Lain Pula Reaksi Netizen - "Red Flag Ni..."

Babak Drama ‘Santau Perempuan Terlarang’ Didakwa Hina Agama Buddha, Gambarkan Sami Dan Wat Sebagai Tempat Sihir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts