Kes Buli Di Asrama Sekolah Agama Di Bukit Ibam Rompin, Polis Gesa Ibubapa Pelajar Lain Yang Jadi Turut Jadi Mangsa Buat Laporan

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 19 Sep 2026 20:00:33

ROMPIN: Polis menggesa ibu bapa pelajar di sebuah sekolah di sini supaya membuat laporan sekiranya anak mereka menjadi mangsa buli, susulan dakwaan seorang wanita hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber, berkata setakat ini polis hanya menerima dua laporan berhubung kejadian yang berlaku di asrama sekolah berkenaan pada 12 September lalu.

"Jika ada kejadian lain atau pelajar lain yang menjadi mangsa, datang dan buat laporan. Kami akan menjalankan siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan seorang wanita berusia 40 tahun yang mendakwa anak lelakinya antara dua pelajar yang diserang lima pelajar senior di asrama sekolah berkenaan pada 12 September lalu.

Wanita itu turut mendakwa lebih 10 pelajar lain pernah diserang kumpulan pelajar senior sama sebelum ini, namun kejadian berkenaan tidak pernah didedahkan.

Sementara itu, Zamri berkata kejadian pada 12 September lalu yang membabitkan dua pelajar Tingkatan Dua berkenaan adalah kes buli pertama yang dilaporkan di sekolah itu.

Beliau berkata polis turut merakam percakapan pihak pengurusan sekolah, termasuk warden, selain lima suspek yang didakwa mencederakan kedua-dua mangsa berusia 14 tahun itu.

Zamri berkata lima suspek berusia antara 16 dan 17 tahun berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. #BeritaHarian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts