FourSquare Diambil-alih Oleh Syarikat Memfokuskan Teknologi Pengiklanan

by Oh! Semput


7
SHARES
88
VIEWS
Posted on 19 Sep 2026 10:30:30

FourSquare merupakan salah satu jenama yang popular suatu ketika dahulu, dimana ia memfokuskan kepada ciri sosial berasaskan kepada lokasi. Menggunakannya, pengguna boleh mendaftar masuk sesuatu lokasi, dan menjadi ketua di lokasi berkenaan.

FourSquare diasaskan pada 2009, dan pada 2014, mereka melakukan penstrukturan semula, dimana aplikasi sosial mereka dijenamakan kepada Swarm, dan FourSquare sendiri memfokuskan sebagai sebuah syarikat berasaskan data lokasi. Pada 2024, FourSquare telah menamatkan penawaran aplikasi mereka, dan memfokuskan kepada Swarm sahaja. Ketika itu, mereka turut mengecilkan syarikat, dan membuang sejumlah pekerja.

Terbaru, syarikat memfokuskan teknologi pengiklanan, Infillion telah mengambil-alih FourSquare, dan dijangka akan mengintegrasikan teknologi dan data berkaitan lokasi dalam penawaran mereka. Nilai dibayar tidak dinyatakan kedua-dua pihak. Jenama FourSquare dijangka akan diteruskan dan beroperasi sebagai syarikat kendiri, namun masa depan aplikasi sosial Swarm masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts