Dune: Awakening Tiba Di PS5 Dan Xbox September Ini – Sedia Ditawarkan Melalui Xbox Game Pass

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 04 Jun 2026 04:00:18

Pembangun dan penerbit permainan video, Funcom, secara rasmi telah mengumumkan bahawa permainan Open World Survival popular mereka, Dune: Awakening, dijadualkan bakal menemui pemain di platform PlayStation 5 dan Xbox Series X|S pada 22 September 2026.

Pelancaran ini membawakan versi definitif yang telah dipertingkatkan hasil daripada maklum balas versi PC sepanjang tahun lalu. Sesi pra-tempahan kini mula dibuka di stor digital konsol masing-masing pada harga bermula $49.99 (RM198.21) untuk edisi standard, $69.99 (RM277.51) bagi edisi Deluxe, dan $89.99 (RM356.81) untuk edisi Ultimate.

Versi konsol bagi permainan yang diinspirasikan daripada francais filem buster Dune ini direka untuk menyasarkan prestasi optimum 60fps melalui Mod Prestasi pada PlayStation 5 dan Xbox Series X.

Melalui pelancaran ini, Funcom memperkenalkan pengoptimuman antara muka serta sistem kawalan yang mesra konsol.

Antara pembaharuan paling utama yang dibawakan termasuklah pengenalan mod pemain tunggal (single-player) sepenuhnya yang membolehkan pengguna menamatkan keseluruhan naratif Buku Satu secara solo.

Dalam mod ini, pemain diberikan kebebasan mutlak untuk mengubah suai tahap kesukaran pertempuran, kadar pengumpulan sumber, serta pelarasan ganjaran mata pengalaman (XP).

Bagi ekosistem multi-pemain pula, Funcom menambah baik kualiti permainan (quality of life). Ia merangkumi pengenalan mod PvE pilihan bagi pemain yang ingin mengelak daripada elemen PvP, penambahan lokasi peta baharu, serta alat pembinaan semula pangkalan bagi mengelakkan risiko kehilangan progres kemajuan apabila pemain tidak log masuk.

Menambah nilai kepada ekosistem Microsoft, Dune: Awakening disahkan bakal tersedia secara terus di dalam perkhidmatan langganan Xbox Game Pass bermula pada hari pertama pelancaran.

Peranti konsol pegang seperti ROG Xbox Ally serta platform awan Xbox Cloud Gaming, GeForce Now, dan Steam Deck turut disahkan menyokong sepenuhnya kelancaran pengoperasian permainan survival Arrakis ini.

{suggest}

Dune: Awakening Tiba Di PS5 Dan Xbox September Ini – Sedia Ditawarkan Melalui Xbox Game Pass WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts