Wan Azizah Jelaskan Sebab PM Tidak Adakan Rumah Terbuka Aidilfitri Tahun Ini

by Oh! Semput


8
SHARES
100
VIEWS
Posted on 15 Mar 2026 06:32:41

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak mengadakan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini dibuat atas faktor penjimatan dan persediaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi global.

Menurut Wan Azizah, Malaysia perlu berhemat dalam mengurus perbelanjaan negara, termasuk mengambil kira kemungkinan kenaikan harga minyak dunia, memetik Berita Harian.

Advertisement

wan azizah

“Walaupun kita keluar minyak, itu minyak mentah, bukan minyak yang ditapis, dan kita kena import balik,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis Harapan Ramadan 2026 anjuran bank CIMB dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Beliau berkata langkah tersebut penting kerana Malaysia merupakan negara perdagangan yang terdedah kepada perubahan ekonomi serta pasaran global.

“Kalau kita (tidak berhemah ketika) berbelanja sekarang, nanti kita susah kemudian.”

“Kita adalah negara perdagangan, jadi kita perlu berhati-hati supaya keadaan ini tidak memudaratkan ekonomi kita,” katanya ketika diminta mengulas keputusan Perdana Menteri berhubung perkara tersebut.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Malbatt lubnan
2026-03-14 15:06:44

Serangan Udara Berlaku Berhampiran Pos MALBATT Di Lubnan, MINDEF Sahkan Insiden

Wan Azizah Jelaskan Sebab PM Tidak Adakan Rumah Terbuka Aidilfitri Tahun Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts