by Oh! Semput
Seorang pekerja pembersihan terkena renjatan elektrik di stesen KTMB Sentul, pagi semalam. ― Foto failKUALA LUMPUR, 14 Jun — Anggota badan seorang lelaki melecur 50 peratus selepas terkena renjatan elektrik di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sentul, di sini, semalam.
Penyelia pekerja kontrak, Suhadi Muhtadi, 47, direnjat ketika membersihkan najis burung menggunakan aluminium pada satu tiang di platform 3 dalam insiden 9.30 pagi.
“Pekerja pembersihan mendakwa mangsa sedang melakukan kerja pembersihan membuang najis burung yang melekat pada tiang berhampiran landasan dengan menggunakan batang aluminium.” kata seorang pemandu teksi enggan dikenali seperti dilapor Harian Metro.
“Secara tiba-tiba badan mangsa menjadi kejang dan berasap terbakar akibat terkeja renjatan elektrik.”
Menurutnya, mangsa yang masih sedar ketika kejadian merintih meminta pertolongan sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.
Video mangsa terlentang dalam kejadian itu tular di media sosial. Jurucakap KTMB ketika mengesahkan berkata pihaknya akan menyiasat punca kejadian.