5 Bahan Lain Yang Mampu Menghilangkan Rasa Mengantuk Selain Daripada Kopi

by Oh! Semput


13
SHARES
173
VIEWS
Posted on 22 Mar 2017 09:01:16


Ramai dikalangan kita tahu bahawa kopi adalah bahan yang membolehkan seseorang itu akan hilang rasa mengantuk apabila meminumnya.

Namun, kopi jika diambil dengan kerap akan menyebabkan kemudaratan kepada individu itu sendiri kerana kandungan kafein yang berlebihan di dalam badan.

Tahukah anda, selain daripada kopi terdapat beberapa bahan lain yang membolehkan anda menghilangkan rasa mengantuk jika dimakan. Berikutnya adalah bahan yang dimaksudkan iaitu cara hilangkan mengantuk selain daripada kopi.


Petua Hilangkan Rasa Mengantuk


1. Pisang


Pisang boleh dimakan dengan menjadikan buah ini sebagai kudap-kudapan sewaktu perut sedang lapar. Pengambilan pisang dikatakan sangat berkesan untuk menghilangkan rasa mengantuk.

2. Kacang Almond


Kacang ini sebenarnya sangat kaya dengan vitamin E, B6 dan juga folat. Ia juga dikatakan memberikan penambahan tenaga dan juga boleh mengemukkan seseorang jika diambil secara berlebihan.

3. Avokado


Buah ini sememangnya sangat sedap dimakan kerana rasanya yang lazat dan juga dikatakan kaya dengan potasium iaitu sejenis mineral yang menambahkan tenaga kepada manusia jika dimakan setiap hari. Pengambilan di waktu pagi akan mengenyangkan perut anda sebelum menjelangnya tengah hari.

4. Coklat Hitam


Kandungan kafein yang terdapat di dalam coklat tidak terlalu tinggi tetapi ianya mampu menyegarkan badan anda dan juga memberikan tenaga. Selain sedap dimakan ia juga mampu menghilangkan rasa mengantuk anda setelah dimakan.

5. Akar Bunga Dandelion


Akar bunga dandelion yang telah dikeringkan dipercayai mempunyai rasa seperti kafein. Sekiranya diambil dengan meminumnya berserta bancuhan air ia mampu mengurangkan rasa mengantuk.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts