Baru Umum Bakal Edar Kad Kahwin, Diana Danielle Dedah Sudah Putus Hubungan Dengan Kekasih – “Saya Okay Saja, Ini Yang Terbaik”

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 16 Sep 2026 03:00:47

Pelakon Diana Danielle mengesahkan hubungan cintanya bersama lelaki dikenali sebagai Bern sudah berakhir.

Menurut Diana, 36, dia memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci mengenai punca perpisahan mereka kepada umum dan mahu memberi fokus untuk meneruskan kehidupan.

Advertisement

dd

Ya, betul kenyataan itu (putus cinta). Saya ada sebab kenapa muat naik perkara tersebut walaupun saya tak ‘prefer’.

“Saya cuma nak fokus bergerak ke hadapan. Tidak perlu tanya punca kami putus,” katanya ketika dihubungi HibGlam.

Dalam masa sama, Diana menyifatkan Bern sebagai seorang lelaki yang baik sepanjang tempoh mereka mengenali antara satu sama lain.

Dia orang yang sangat baik cuma keputusan ini yang terbaik.

“Semua ini untuk kebaikan kami berdua,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai keadaan dirinya selepas perpisahan itu, Diana memberitahu dirinya berada dalam keadaan baik.

Saya okey saja. Banyak lagi dalam hidup ini yang perlu disedihkan,” jelasnya.

Terdahulu, Diana mencuri perhatian ramai selepas memuat naik hantaran yang memaklumkan dirinya kini kembali solo.

Solo dan bergerak ke hadapan. Ini yang terbaik,” katanya lagi.

Sehari sebelum itu, Diana memaklumkan dia akan berkongsi khabar gembira sekiranya mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama Bern yang juga seorang ahli perniagaan.

Bern turut dilihat menemani Diana pada malam gala filem terbaharunya, Terbang.

Sebelum ini, Diana terbuka berkongsi mengenai kehidupan peribadinya apabila mengesahkan Bern sebagai teman istimewanya sejak tahun lalu.

Diana turut memaklumkan hubungan mereka bermula selepas tamat tempoh idah susulan perceraian keduanya dengan bekas suami, Farid Kamil pada 23 Mac 2025.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zharif ghazi
2026-09-15 14:56:37

“Dulu Kenal Sebab Prank, Sekarang Pelakon” – Video Lama Zhariff Ghazi Kembali Tular, Netizen Imbau Zaman Sebelum Popular

Baru Umum Bakal Edar Kad Kahwin, Diana Danielle Dedah Sudah Putus Hubungan Dengan Kekasih – “Saya Okay Saja, Ini Yang Terbaik” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts