Pengasas ByteDance, Zhang Yiming Kini Menjadi Manusia Terkaya Di Asia

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 16 Sep 2026 14:00:33

Pengasas ByteDance, syarikat sebalik TikTok dan sejumlah perkhidmatan lain, Zhang Yiming kini menjadi manusia terkaya di dunia. Zhang Yiming berusia 43 tahun, kini mempunyai nilai kekayaan mencapai lebih $105 bilion, sekaligus mendahului Gautam Adani dari India yang memegang kedudukan tersebut sebelum ini.

Pengasas ByteDance – Zhang Yiming dan Rubo Liang

Nilai kekayaan Zhang Yiming dilihat meningkat selari dengan perkembangan sihat TikTok, disamping kebangkitan era kecerdasan buatan, yang mana ByteDance sedia melakukan sejumlah pelaburan tinggi, dan turut mempunyai perkhidmatan khusus untuk pengguna di China.

Dengan peningkatan ini, Zhang Yiming yang berasal dari China kini menduduki tangga ke-18 senarai manusia terkaya di dunia, dan hanya satu tangga dibawah Bill Gates yang mempunyai nilai kekayaan $114 bilion. Menduduki tangga pertama manusia terkaya dunia adalah Elon Musk dengan nilai kekayaan sekitar $892 bilion, sementara manusia kedua terkaya adalah Larry Pages, pengasas Google dengan nilai kekayaan sebanyak $295 bilion.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts