Banduan maut dengan telapak kaki dipotong di penjara tapah

by Oh! Semput


17
SHARES
221
VIEWS
Posted on 22 Mar 2017 04:00:59


Seorang banduan lelaki yang dikenali sebagai Siva A/L Raja Raman 30 tahun dikatakan mati dengan telapak kaki dipotong di penjara tapah 20.03.2017 semalam.

Menurut Manikavasagam Sundaram yang membantu ahli keluarga mangsa berkata pada 20 March lalu ia telah pergi ke penjara tapah untuk mendapatkan kebebasan mangsa selepas menjalani hukuman.

Ketika beliau sampai, beliau dimaklumkan pihak penjara bahawa pembebasan tersebut akan dibuat pada jam 1.00hrs hari itu. Beliau pun berbuat demikian.

Akan tetapi beliau mendapat maklumat dari rakan mangsa yang menjalani hukuman yang sama memaklumkan bahawa mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya berada di hospital Tapah.

Terkejut dengan hal itu beliau terus pergi ke hospital berkenaan dan dimaklumkan oleh Doktor bahawa Post Mortem akan di lakukan pada keesokan harinya 21 March.

Setelah membuat Post Mortem beliau dipanggil pihak doktor untuk memaklumkan bahawa tapak kaki mangsa telah di potong.

Menurut beliau pemotongan tapak kaki mangsa tidak dimaklumkan kepada pihak keluarga.

Kerana tidak puas hati dengan pihak penjara Tapah dan pihak hospital tapah sebagai ahli waris beliau telah membuat laporan polis.

“Kami telah membuat laporan untuk mengambil tindakan undang-undang pihak penjara dan hospital tapah kerana menjalankan Post Mortem tanpa memaklumkan kepada pewaris” katanya. - eBerita

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts