Barisan Nasional (BN) Pahang Bantu Kempen Empat DUN, Akan Pastikan Kemenangan Dan Sekali Gus Kekal Memerintah Negeri Johor

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 30 Jun 2026 13:31:54

KUANTAN: Barisan Nasional (BN) akan memastikan parti berkenaan akan beroleh kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sekali gus kekal memerintah negeri itu.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata dengan menampilkan calon yang berkaliber serta dibantu sokongan daripada jentera parti, kemenangan akan berpihak kepada parti itu.

Katanya, pada PRN Johor, BN Pahang diberi kepercayaan membantu kempen empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Benut dan Pulau Setang bagi Parlimen Pontian dan DUN Pekan Nanas dan Kukup di Parlimen Tanjung Piai.

“Alhamdulillah, saya berada di sana (Johor) selama tiga hari bermula pada hari penamaan calon, semangat jentera dan sokongan begitu baik.

“Calon yang dikemukakan Badan Perhubungan UMNO terutama BN adalah yang bersemangat bekerja untuk rakyat.

“Saya yakin BN Johor akan mendapat kemenangan,” katanya ketika ditemui media pada selepas Majlis Apresiasi Guru Pahang 1st 2026 dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, jentera BN Pahang turut diberikan tanggungjawab menjaga kawasan FELDA pada pilihan raya kali ini.

“Insya-Allah, Khamis ini saya akan pergi ke kawasan FELDA di Segamat untuk membantu jentera parti di sana,” katanya yang juga Naib Presiden UMNO. #buletintv3

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts