by Oh! Semput
Polis berkata mangsa yang kini dirawat di Hospital Besut dalam perjalanan ke kampungnya di Bachok, Kelantan. — Paparan skrin Google
KUALA LUMPUR, 23 Jun — Hasrat seorang pemuda untuk pulang ke kampung tidak kesampaian selepas parah ditetak awal pagi tadi.
Ketua polis Besut berkata ketika kejadian, mangsa sedang berehat seorang diri di dalam kereta di stesen minyak Seberang Jertih, Terengganu.
“Tiga lelaki datang ke arah mangsa dengan seorang daripada mereka terus menetak mangsa menggunakan parang.
”Suspek kemudian bertindak membawa lari kereta mangsa dan dia ditinggalkan di tempat kejadian,” kata Supt Mohd Zamri Mohd Rowi seperti dilaporkan Harian Metro.
Mangsa Ahmad Taufik Che Daud @ Che Mud, 29, dilaporkan cedera di kepala dan tangan dalam kejadian 3.15 pagi itu.
Polis berkata mangsa yang kini dirawat di Hospital Besut dalam perjalanan ke kampungnya di Bachok, Kelantan.