by Oh! Semput
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan dibawa ke Hospital Hadassah Ein Kerem di Baitulmaqdis pada Isnin malam bagi menerima rawatan pergigian.
Menurut kenyataan pejabatnya, Netanyahu menerima rawatan tersebut di hospital berkenaan, namun tiada butiran lanjut didedahkan mengenai keadaan atau prosedur yang dijalankan memetik The Times of Israel
Sebelum ini, tahap kesihatan pemimpin berusia 76 tahun itu menjadi perhatian selepas beliau mendedahkan pernah menjalani rawatan bagi kanser prostat peringkat awal dan menyatakan dirinya kini berada dalam keadaan sihat.
Netanyahu turut mengakui menangguhkan pengumuman laporan kesihatannya bagi mengelakkan Iran menggunakan perkara itu sebagai bahan propaganda.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Netanyahu beberapa kali menerima rawatan kesihatan termasuk pemasangan perentak jantung pada 2023 dan pembedahan hernia pada 2024.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Benjamin Netanyahu Dimasukkan Ke Hospital first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.