MP Bentong Gesa Mangsa Pengunjung Yang Dakwa Air Sungai Janda Baik Kotor Dan Alami Cirit-Birit Selepas Mandi, Salurkan Maklumat Rasmi

by Oh! Semput


2
SHARES
29
VIEWS
Posted on 16 Jun 2026 16:31:56

BENTONG: Beberapa pengunjung dan penduduk meluahkan kebimbangan terhadap kualiti air sungai di kawasan peranginan Janda Baik selepas mendakwa mengalami gejala cirit-birit, muntah dan demam panas secara berperingkat sejurus melakukan aktiviti mandi-manda di lokasi berkenaan.

Aduan yang tular di platform Threads itu mendakwa gangguan kesihatan berkenaan melibatkan beberapa pengunjung dalam kalangan ahli keluarga dan kanak-kanak yang berkunjung ke kawasan rekreasi tersebut sempena cuti umum baru-baru ini.

Seorang pengguna mendakwa ahli keluarganya yang bercuti sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong mula mengalami simptom sakit secara berperingkat pada keesokan hari selepas pulang dari lokasi berkenaan.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna turut mendakwa sekumpulan kanak-kanak mengalami simptom sama selepas pulang dari Janda Baik pada Sabtu, 13 Jun lalu.

Menerusi tangkapan skrin yang dikongsikan, lapan daripada 10 kanak-kanak dilaporkan tidak sihat, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai tahap kebersihan air sungai di kawasan berkenaan.

Susulan pelbagai aduan itu, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa orang ramai yang terjejas supaya menyalurkan maklumat rasmi kepada pihak berkaitan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, individu terlibat diminta memaklumkan pengurusan resort, chalet atau tapak perkhemahan yang dikunjungi bagi membantu Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mengenal pasti lokasi spesifik untuk tujuan pemetaan.

"Pengunjung yang mengalami gejala berkenaan boleh menghubungi talian Hotline Pejabat Parlimen Bentong di +60 17-901 5500," katanya.

Dalam hantaran balas di platform Threads pada Selasa, Young Syefura turut memaklumkan bahawa PKD tidak memandang ringan isu berkenaan dan telah digerakkan ke lokasi terlibat bagi menjalankan siasatan lanjut.

"PKD telah mengambil sampel air, melakukan saringan serta pemantauan di lokasi terbabit, manakala keputusan analisis makmal masih ditunggu," tulisnya. #sinarharian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts