“Adik-Beradik Panggil Saya Bunian” – Ibu Tiba-Tiba Hamil 7 Bulan, Eyra Hazali Kongsi Kisah Misteri Kelahirannya

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 20 Aug 2026 06:31:02

Pelakon dan selebriti media sosial, Eyra Hazali berkongsi satu kisah misteri yang pernah dialami ibunya selepas membuang sebuah televisyen lama di kawasan berhampiran masjid yang dikelilingi hutan.

Menerusi podcast Sembang Seram, Eyra, 28, mendakwa perut ibunya yang sebelum itu rata tiba-tiba membesar pada keesokan harinya selepas televisyen berkenaan dibuang.

Advertisement

Menurut Eyra, ibunya kemudian mendapatkan pemeriksaan di klinik dan terkejut apabila dimaklumkan sedang hamil tujuh bulan.

Lebih mengejutkan, bayi yang dikandung itu dikatakan adalah dirinya.

“Mak saya balik kampung ayah sebab ada kenduri ketika itu. Tiba-tiba terjumpa satu TV lama dalam rumah dan mak pergi buang TV tersebut di kawasan sebuah masjid yang dikeliling hutan.

“Esok paginya, perut mak saya yang asalnya rata tiba-tiba jadi besar macam orang hamil. Pergi klinik dan doktor scan, nampak ada kaki, tangan dan mata. Doktor cakap ada bayi tujuh bulan dalam perut, bayi itu adalah saya.”

Disebabkan kejadian tersebut, Eyra berkata adik-beradiknya sering mengusiknya dengan gelaran ‘bunian’.

“Sebab itu adik-beradik saya yang lain cop dan panggil saya bunian. Ramai yang tidak percaya dengan kisah ini, tetapi orang kampung tahu mengenai cerita tersebut.”

Berkongsi lanjut mengenai kisah kelahirannya, Eyra berkata bapanya turut pernah menceritakan keadaan dirinya ketika dilahirkan yang dikatakan agak berbeza berbanding bayi lain.

Menurut Eyra, bapanya mendakwa urat pada tubuhnya ketika itu jelas kelihatan selain proses kelahirannya juga berlaku dengan sangat mudah.

“Bapa kata sewaktu saya dilahirkan, segala urat jelas kelihatan. Macam jernih, bersih betul keadaan saya. Tidak sampai 15 minit mak saya duduk di ‘labour room’. Sangat mudah proses mak saya melahirkan.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-rata terkejut dengan kisah berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ieda moin
2026-08-20 11:09:10

“Nombor Dah Tak Aktif, Media Sosial Pun Hilang” - Ieda Moin Risau Noorkhiriah Tiba-Tiba Hilang Dari Radar

 

“Adik-Beradik Panggil Saya Bunian” – Ibu Tiba-Tiba Hamil 7 Bulan, Eyra Hazali Kongsi Kisah Misteri Kelahirannya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts