by Oh! Semput
Pasangan selebriti, Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana kembali mencuri perhatian apabila didakwa tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai keadaan rumah tangga mereka.
Memetik laporan daripada Mstar, ada sumber menyatakan, pasangan itu dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung, namun kedua-duanya memilih untuk tidak berkongsi perkara tersebut secara terbuka kepada umum.

Spekulasi tersebut mula hangat diperkatakan selepas masing-masing memuat naik gambar sambutan 1 Syawal di media sosial tanpa kehadiran pasangan.
Yusuf atau nama sebenarnya Mohd Yusuf Bahrin berkongsi foto bersama ahli keluarga dengan kapsyen ringkas yang mengundang persoalan.
Dalam masa sama, Zizi pula tampil dengan gambar bersendirian ketika Aidilfitri, sekali gus membuatkan peminat terus tertanya-tanya mengenai situasi sebenar hubungan mereka.

Sehingga kini, kedua-duanya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.
Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada September 2021 dan sehingga kini belum dikurniakan cahaya mata.
: mStar