“Mana Ada Bercinta Dengan Fikry.” – Uqasha Senrose

by Oh! Semput


11
SHARES
148
VIEWS
Posted on 10 Jul 2017 11:00:04

“Mana Ada Bercinta Dengan Fikry.” – Uqasha Senrose

Uqasha sambut ulang tahun ke 25 bersama teman-teman rapat. (Gambar: Mohamad Bakar)

Keserasian gandingan lakonan Uqasha Senrose dan Fikry Ibrahim ketika membintangi drama Hero Seorang Cinderella ternyata mendapat perhatian hingga peminat di luar sana turut mengharapkan mereka bercinta di alam realiti. Tak kurang juga yang mahu mereka bergelar pasangan suami isteri.

Bagaimanapun pertemuan dengan pelakon jelita itu 8 Julai lalu ketika menganjurkan sambutan ulang tahun hari lahirnya yang ke-25 di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara, dia menafikan sudah terbit bibit bibit cinta antaranya dengan pelakon kacak itu gara-gara tampil sebagai pasangan kekasih dalam drama Hero Seorang Cinderella.

Ramai peminat mahu Uqasha dan Fikry jadi pasangan kekasih.

Hakikatnya Uqasha yang genap 25 tahun pada 6 Julai lalu menganggap senario berkenaan yang membabitkan keinginan peminat untuk melihat gandingan pelakon kesayangan mereka bercinta sebagai lumrah.

“Mana ada bercinta. Tapi saya percaya peminat itu hanya sukakan kami berlakon sama. Soal dan keinginan mereka nak kami jadi kekasih atau berkahwin itu biasalah. Saya melihat semua itu daripada sudut yang lebih positif yakni peminat menyokong kerjaya seni saya dan juga Fikry,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Mungkin tidak ramai yang tahu, keserasian mereka di dalam drama hanya lakonan semata-mata. Iyalah nama pun pelakon pasti setiap watak yang diberi akan digalas sebaik mungkin. Ironinya, mereka berdua sering 'bergaduh' di set penggambaran.

Selalu 'bergaduh' di set penggambaran.

Fikry sebenarnya seorang yang gemar menyakat dan mengusik termasuk kepada Uqasha. Gara-gara sering ditegur itu juga, pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Nik Zen ini memberi gelaran ustaz kepada bekas peserta program Lawak Solo itu.

“Kalau tak percaya, tanyalah Michael Ang yang jadi pengarah drama Hero Seorang Cinderella. Kami memang selalu bertekak dan bergaduh di set penggambaran. Mulut dia (Fikry) memang lantang. Tapi saya tahu semua itu lebih bersifat usikan dan mahu mewujudkan suasana santai ketika berlakon.

Mahu bangkit dan tinggalkan kontroversi.

“Kami memang tak berbaik langsung di set penggambaran. Di set penggambaran, dialah yang gemar menyakat dan menegur saya terutama cara berpakaian. Sampai saya gelarkan dia ustaz.  Mulalah dia tegur dan cari fasal dengan saya sambil pandang atas bawah. Dengan loghat utaranya yang pekat, jadi comel pula teguran dan usikan itu,” katanya.

Di usia 25 tahun yang baru diraikan itu, Uqasha percaya ia menjadi usia terbaik untuk memikirkan soal jodoh dengan lebih serius. Selain itu, dia juga mahu terus memperkembangkan bakat lakonannya yang mula menjadi perhatian kebelakangan ini sekali gus bagai melupakan deretan kontroversi yang terpalit, Uqasha mahu terus bangkit dengan semangat juang tinggi.

Menyambut hari jadi dengan teman-teman artis dan rakan media.

“Tahun depan saya sudah 26 tahun. Jadi kiranya sekarang usia yang terbaik untuk saya lebih bercakap soal jodoh. Tapi kekasih pun tak ada lagi. Nak bercinta macam mana. Saya harap dapat mempercepatkan jodoh,” kata kakak kepada Nelydia Senrose itu.

Pada majlis sambutan hari lahir bertemakan Coachella, festival muzik musim panas di Amerika Syarikat itu, Hael Husaini turut mendendangkan lagu Jampi yang menjadi kegemaran Uqasha. Tak ketinggalan Adeline Tsen juga turut menyumbangkan sebuah lagu untuk birthday girl.

Selain rakan media, turut menyerikan majlis tersebut dengan kehadiran teman selebriti antaranya Datin Umie Aida, Fasha Sandha, Nur Fazura, Nelydia Senrose, Raysha Rizrose, Riz Armin, Michael Ang, Ryzal Jaafar, Fikry Ibrahim, Emma Maembong dan Daler Yusof.

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts