Bimbang Anak Tak Dapat Sijil Lahir, Wanita Bunuh Bayi Dan Simpan Dalam Peti Sejuk

by Oh! Semput


12
SHARES
152
VIEWS
Posted on 07 Aug 2017 04:00:58


Seorang wanita di Tarakan sanggup membunuh anaknya yang baru lahir dan menyimpan bayi itu di dalam peti beku.

Tindakan wanita yang hanya dikenali sebagai SA, 24, ini dikatakan kerana bimbang bayi yang dilahirkannya tidak akan memperoleh surat beranak.

Menurut Ketua polis Tarakan, Dearystone Michael Hence Royke Supit, SA adalah isteri keempat seorang pemilik kedai basuh kereta.


“Dia tidak mahu anaknya mengalami nasib yang sama dengan anak pertamanya, tidak mempunyai sijil kelahiran,” ujar Dearystone.

Jelas Dearystone, pada Mei lalu, SA melahirkan bayi perempuannya itu seorang diri di bilik mandi rumahnya di Kota Tarakan di Kalimantan Utara.

“Selepas melahirkan, anaknya itu meninggal dunia. Dia membungkus bayi itu menggunakan plastik hitam dan menyimpan mayatnya di peti beku di rumahnya,” kata Dearystone.

Ketika disoal siasat, SA mengaku memindahkan mayat bayi itu ke  peti sejuk tempat cuci kereta suaminya dua hari setelah mayat berkenaan sudah beku.

Lebih mengejutkan, bungkusan berisi mayat itu ditemui pekerja suaminya pada minggu lalu setelah tiga bulan tersimpan di peti sejuk dan bercampur dengan makanan lain.

- Harian Metro 

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts