by Oh! Semput
Biodata siapa Elanie FC atau Wan Nur Ilani Wahed pengasas produk calit calit terus mengandung krim progesterone yang tular dilaman sosial. Pengasas produk krim ikhtihar hamil dengan slogan calit calit terus mengandung kini mengundang padah apabila produk tersebut disahkan tidak berdaftar dengan KKM. Malah lebih teruk lagi beliau didapati memalsukan sijil kelulusan KKM untuk produk krim progesterone yang merupakan bahan terkawal dan merbahaya jika diambil tanpa konsultasi pakar. Terdahulu, produk tersebut telah mencetuskan kontroversi apabila pengasas itu mendakwa pengguna yang mengalami masalah kesuburan kehamilan boleh terus mengandung hanya dengan calit krim mengandungi progesterone pada bahagian badan wanita. Walhal pengambilan progesterone berlebihan boleh menyebabkan kemandulan dan mengakibatkan masalah kesihatan yang serius seperti kanser. Untuk info, produk krim progesterone itu dijual secara atas talian dengan harga RM190.

Biodata Elanie FC Pengasas Produk Calit Terus Mengandung
Nama Penuh: Wan Nur Ilani Wahed
Asal: Kuala Lumpur
Status: Janda
Kerjaya: Usahawan dan Pelakon
Umur: 30 Tahun
Syarikat: Ilany Health and Beauty

Kenyataan Media Produk Krim Progesterone Tidak Mempunyai Sijil KKM

