Biodata Ustaz Tido (Khailil Razak), 'Kembar' Ustaz Ebit Lew

by Oh! Semput


249
SHARES
3237
VIEWS
Posted on 09 May 2020 13:05:25

Biodata Ustaz Tido (Khailil Razak), 'Kembar' Ustaz Ebit Lew


Kredit foto: Instagram Ustaz Tido

Ustaz Khailil Razak atau nama popularnya, Ustaz Tido merupakan seorang pakar motivasi dan usahawan Malaysia.

Beliau baru-baru ini menjadi tular di kalangan warganet kerana dikatakan mempunyai wajah dan cara percakapan yang seakan-akan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Biodata

  • Nama sebenarnya, Khailil Razak.
  • Menggunakan nama komersial, Ustaz Tido.
  • Berumur 30 tahun (2020).
  • Lahir pada 1 April 1990.
  • Bergiat sebagai penceramah motivasi di kalangan pelajar dan guru, selain mengusahakan beberapa produk sebagai seorang ahli perniagaan.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @ustaztido sehingga kini mencatatkan lebih 36,000 pengikut.
  • Akaun Facebook peribadinya diikuti hampir 40,000 pengikut, selain page Facebooknya yang meraih lebih 106,000 likes.
  • Mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos 2013.

Fakta Menarik

  • Rupa paras dan suaranya dikatakan mempunyai iras pendakwah Ustaz Ebit Lew.
  • Barangkali ramai yang tidak tahu, beliau juga merupakan anak didik kepada Ustaz Ebit Lew.
  • Mula berkecimpung dalam aktiviti ceramah sejak usia 13 tahun.
  • Sering mengadakan program bimbingan bersama para remaja dan guru di sekolah-sekolah, termasuk bimbingan secara personal.
  • Berpengalaman lebih lapan tahun dalam lapangan bidang motivasi.
  • Pernah mengadakan sesi ceramah di banyak negara, antaranya Singapura, India, China, Indonesia, Thailand, Brunei, Hong Kong, England, Turkey, Germany, France, Belgium dan Arab Saudi.
  • Seperti juga Ebit Lew, beliau turut dikenali sebagai seorang yang aktif menjayakan aktiviti kebajikan dalam usaha membantu dan memberi sumbangan kepada golongan masyarakat yang memerlukan.

Foto

Kredit foto: Instagram Ustaz Tido

Video

Kredit video: Sebijik Ustaz Tido Macam Ustaz Ebit Lew Ziarah Kasih Sayang Rumah Atas Air

:

1. Blog Ustaz Tido

2. Facebook Ustaz Tido

3. Page Facebook Ustaz Tido

4. Instagram Ustaz Tido

biodata , wikipedia , siapa ustaz tido , ustaz tido , ustaz ebit lew , pendakwah , biodata ustaz ebit lew , biodata ustaz tido , khailil razak , ustaz khailil razak , selebriti ,

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts