Raja Bomoh Sedunia Sedang Diburu Oleh JAWI Dan Polis

by Oh! Semput


2
SHARES
21
VIEWS
Posted on 18 Mar 2017 17:00:48

KUALA LUMPUR - Raja Bomoh atau dikenali sebagai Ibrahim Mat Zin kini dikhabarkan sedang diburu oleh polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana dikatakan telah merosakkan imej Islam, lapor Berita Harian.

Raja Bomoh terbabit dikatakan telah 'memagar' Malaysia daripada serangan dan ancaman kuasa asing khususnya Korea Utara.

Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin. - Credit Foto NST
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata polis sedang mengesan bomoh tersebut semenjak Isnin lalu kerana telah mencemarkan imej Islam.

Datuk Dr Asyraf Wajdi juga telah mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan rakaman upcara yang telah dilakukan oleh Ibrahim Mat Zin.

Menurut Datuk Asyraf Wajdi lagi, perbuatan bomoh terbabit yang berasal daripada Teluk Intan, Perak itu umpama ingin mempromosikan dirinya serta seperti mahu popular dan untuk dikenali.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts