by Oh! Semput
Satu pencapaian bersejarah dalam logistik kesihatan Malaysia telah tercipta apabila dron buatan Malaysia, berjaya membawa sampel darah antara Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh dan Hospital Bera.
Penerbangan sulung itu dilancarkan menerusi Majlis Pencapaian Projek Penghantaran Dron Perubatan di Hospital Bera, Pahang pada Ogos 2026 lalu.
Dron buatan Alphaswift Industries dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berjaya didemonstrasikan sebagai projek Ujian Bukti Konsep (PoC) yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Projek HosBera–HoSHAS ini membuktikan keupayaan teknologi dron (UAV) dalam mengatasi rintangan logistik, terutamanya apabila laluan darat terputus semasa.
Manfaat besar penggunaan dron ini bukan sahaja mempercepatkan tempoh penghantaran bekalan kritikal, malah mewujudkan sistem pengangkutan yang lebih fleksibel dan cekap.
Inisiatif perintis ini merupakan titik permulaan baharu bagi sektor kesihatan negara.
Alphaswift Industries bersama KKM kini berhasrat untuk memperluaskan model logistik dron ini ke kawasan yang memerlukan di seluruh negara, termasuk kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
{suggest}
Dron Buatan Malaysia Berjaya Hantar Darah Sejauh 20 KM Di Pahang WISER.MY.