Budak hilang ditemui dalam perut buaya

by Oh! Semput


10
SHARES
127
VIEWS
Posted on 19 Mar 2017 08:01:07


Harare: Penduduk sebuah kampung menemui mayat seorang budak berusia lapan tahun selepas memotong perut seekor buaya.

Kejadian mengejutkan itu dirakam oleh penduduk dengan menggunakan telefon pintar di Kampung Mushumbi Pools di wilayah Mashonaland Tengah, utara Zimbabwe.

Penduduk yang mengesyaki buaya itu membunuh dan memakan budak berkenaan sebelum itu menembak mati reptilia berkenaan.

Apa yang mereka bimbangkan memang benar apabila menemui mayat budak itu selepas memotong perut buaya berkenaan.

Mayat budak itu yang namanya tidak didedahkan dikeluarkan dan dikebumikan dua hari selepas itu. - myMetro

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts