Budak Sekolah Tengah Mabuk Dan Dibuli Cetus Rasa Bimbang Netizen Buat Anak Muda Zaman Sekarang

by Oh! Semput


52
SHARES
678
VIEWS
Posted on 24 Jun 2017 18:01:02


Negara telah digemparkan dengan dua kes buli yang mengejutkan semua pihak. Dua remaja maut dibuli dan didera oleh rakan sebaya mereka. Kes tersebut menjadi perhatian kerana mangsa didera tanpa belas kasihan. 

Terbaru, muncul pula satu video sekumpulan pelajar yang membuli seorang lagi pelajar yang kelihatan dalam keadaan khayal mula menjadi bualan netizen. 

Menurut laporan Astro Awani, video yang berdurasi hampir dua minit setengah telah dimuat naik oleh beberapa laman sosial terutama di Facebook dan menjadi viral. Dalam video tersebut menunjukkan seorang pelajar yang kelihatan sedang mabuk atau khayal. 

Kesemua remaja berkenaan saling berbalas kata dan menggunakan kata-kata kesat dalam bahasa Tamil. Kumpulan pembuli tersebut juga menyuruh mangsa buli untuk menari. Dipercayai pelajar-pelajar terbabit yang masih berpakaian sekolah, telah ponteng sekolah kerana salah seorang daripada mereka menyebut waktu tersebut adalah 10pagi. 

Namun demikian, setakat ini lokasi sebenar kejadian itu berlaku masih tidak diketahui. Mereka yang memberikan komen sebulat suara mengecam perbuatan remaja lelaki itu dengan beberapa orang mendesak pihak polis mengambil tindakan.

-

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts