Bukan Larikan Diri Saya Memang Tengah Cuti

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 25 Jun 2017 22:00:21

19228729_471634836507877_298188530987407

Menyedari pihak mereka digasak dengan pertanyaan kehilangan Neelofa pada episod lalu, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad menjelaskan bahawa Neelofa sememangnya mengambil cuti selama dua minggu untuk menguruskan persiapan ke umrah tidak lama lagi.

BACA: Neelofa Hilangkan Diri Bila Fattzura Hadir?

Dari awal lagi mereka telah menyatakan hasrat untuk bercuti sepanjang tempoh tersebut kerana sudah merancang untuk menunaikan ibadah umrah

Oleh yang demikian, pihak produksi MeleTOP sudahpun membuat perancangan untuk mengundang Siti Nordiana dan Imam Muda Ashraf sebagai hos jemputan bagi menggantikan ketiadaan Nabil dan Neelofa, katanya kepada m Star Online mengenai perkara itu.

Menurutnya, seperti tahun-tahun sebelum ini Neelofa akan berehat di bulan Ramadhan kerana ingin berangkat ke Mekah. Bagaimanapun bagi menjawab soalan mengapa Neelofa masih di sini, kerana beliau mempunyai masalah mahram menyebabkan hasratnya untuk menunaikan ibadah terpaksa ditunda.

ZEYT-300x250-px.jpg

Sebelum ini Neelofa dikecam hebat kerana tidak hadir dan tidak bersikap profesional ketika pasangan Fattah Amin dan Fazura hadir mempromosikan drama mereka. Ada yang menganggap Neelofa cuba melarikan diri kerana enggan bersemuka dengan Fattah selepas kisah silam cinta mereka.

Manakala pada malam itu hos MeleTOP telah digantikan dengan penyanyi Siti Nordiana, sementara Imam Muda Asyraf menggantikan Nabil Ahmad. Khabarnya ramai yang suka melihat gandingan ini menjadi pengacara, siap suruh gantikan Neelofa dan Nabil terus lagi. (rtky/w)

  • SUMBER
  • m star online

: Rotikaya

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts