by Oh! Semput
Kerajaan MADANI akan menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata ia dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel selaras dengan pendekatan yang digunakan melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95), dengan pengesahan melalui MyKad.
Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Susulan Penukaran Status Pelabuhan Bintulu Daripada Pelabuhan Persekutuan Kepada Pelabuhan Negeri di Bintulu, pada Ahad.

Foto: Bernama
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Memorandum Persefahaman (MoU) perjanjian damai antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran merupakan antara faktor yang menyumbang kepada penurunan harga walaupun keadaan ekonomi global masih tidak menentu.

Foto arkib: Bernama
Perdana Menteri menegaskan penyasaran subsidi diesel menggunakan pengesahan melalui MyKad bertujuan untuk menggelakkan ketirisan yang mencecah berbilion ringgit, selain dapat meningkatkan lagi penguatkuasaan.
Beliau juga menjelaskan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung dilewatkan sedikit berbanding Sabah dan Sarawak, memandangkan kedua-dua negeri itu merekodkan penggunaan diesel yang lebih tinggi.
: Bernama