by Oh! Semput
Pempengaruh dan juga usahawan terkenal, Khairul Aming tegaskan bukan asal dari Itali apabila berkongsi resepi Spaghetti Bolognese untuk juadah berbuka nanti.
Dalam video terbaru yang dikongsikannya di media sosial, Khairul Aming (KA) memaklumkan dirinya bukan berasal dari Itali, tidak dilahirkan disana dan tidak pernah ke negara tersebut juga.
Jelasnya, semua bahan yang dibeli untuk membuat juadah berkenaan boleh di dapati di kedai runcit serta bahan-bahan yang lain boleh sahaja menggunakan bahan yang mudah dijumpai.
Tegasnya lagi, resepi terbabit juga bukanlah resepi autentik dan KA memberikan pesanan supaya sebarang percubaan membuat juadah tersebut adalah dibawah tanggungjawab sendiri.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial apabila masing-masing terhibur dengan gurauan berkenaan.
Ada juga yang berseloroh dengan sengaja bertanya dan melemparkan tuduhan sekadar ‘mengeruhkan’ lagi keadaan.



Artikel lain: Tak semua bahan boleh dibeli! Resepi Che Sayang dikritik, Khairul Aming tampil pertahan
Terdahulu, salah seorang pempengaruh yang berkongsi resepi-resepi di media sosial, Che Sayang telah dikritik apabila resepi dan bahan digunakan tidak autentik sehingga menjadi perdebatan di media sosial.
Walau bagaimanapun, warganet telah memberikan sokongan kepada Che Sayang kerana tahu tujuan utama dia berkongsi resepi adalah untuk memudahkan orang ramai membeli bahan dan membuatnya di rumah masing-masing.
: Instagram khairulaming